5 Minuman yang Kulit Dahagakan



Assalamualaikum, korang !!! Kalau nak kulit flawless pastinya bermula dari dalam. Perkara penting yang korang 'ter'tinggal dalam regimen kecantikan semestinya minum lebih banyak air. Apabila badan dehidrasi, ia bukan sahaja membawa masalah kepada kesihatan korang malah boleh menganggu usaha korang dalam menjaga regimen kecantikan. Kurang minum air juga menyebabkan tubuh korang kurang cekap at metabolizing fat, while the more H2O you drink, ginjal dan hati dapat berfungsi dengan baik. So demi membantu korang minum H2O lebih banyak, resepi di bawah ini mampu membuatkan korang pegang botol air dan tinggalkan minuman manis !!


The Hit Of Hydration



Buah must-have yang wajib ada pada waktu-waktu panas semestinya tembikai. Tembikai ialah buah yang sangat hydrating and refreshing (92% air). Ia sangat bagus mencegah water retention dan kembung. Tidak lupa kepada kandungan lycopene yang merupakan strong antioxidant yang boleh mengurangkan keradangan. Basil pula mempunyai sifat anti-radang, antibakteria dan antimikrob, jadi ia mampu mengawal perembesan sebum dan improve sensitivity kulit. So minuman ini sangat sesuai bagi kulit berminyak or acne-prone skin.

Resepi : Add around dua cawan tembikai yang telah dikisar ke dalam jug. Masukkan segenggam basil ke dalam jug dan tambahkan 1 liter air. Refrigerate dan biarkan selama 4 jam to infuse.

Si Detoks


Minuman detoks yang sangat familiar. Basically, this ultimate ingredients bukan sekadar bagus untuk IG, it's actually sangat bermanfaat untuk kesihatan korang. Ini kerana lemon merupakan detoxifier yang sangat hebat buat tubuh dan kulit. Air lemon boleh stimulate kemampuan sistem limfa untuk remove toxin pada kalenjar limfa, bladder dan colon. Mint antara bahan popular yang terdapat pada toothpaste kerana bersifat antibakteria dan refreshing malah bersifat antioksidan juga. Cucumber semestinya terkenal dengan sifat penhidratan yang baik.

Resepi : Potong 2 biji lemon in half dan gently squeeze the juice ke dalam jug. Cincang 1 biji timun dan masukkan ke dalam jug bersama jus lemon tadi. Ambil 1 genggam mint dan masukkan ke dalam jug. Tuangkan 1 liter air putih ke dalam jug dan refrigerate selama 2 jam to infuse.

Perangsang Antioksidan


Campuran buah ini mempunyai jumlah antioksidan dan vitamin yang tinggi. Tidak hairanlah ia sesuai bagi mengekalkan glowing complexion dan rambut seta kuku yang sihat. Pomegranate seeds dan raspberries memainkan peranan yang penting dalam anti-penuaan.

Resepi : Masukkan 1 genggam raspberries dan 3 sudu pomegranate seeds ke dalam jug. Tambahkan air sejuk dan sedia diminum. Masukkan 2 potong lemon mengikut kemahuan !

Chia Chia Chia


Chia seeds memang tinggi kandungan Omega-3 menyebabkan ianya bagus untuk kulit. Bukan itu sahaja, chia seeds juga tinggi kandungan vitamin dan mineral yang lain seperti vitamin E dan kalsium. Sesiapa yang nak kurus juga patut mengamalkan chia seeds ini. Lagipun, mudah sangat nak buat so jangan bagi alasan ye !

Resepi : Masukkan 2 tablespoon chia seeds ke dalam 1 liter air putih.

Jadi korang tiada alasan lagi untuk kurang minum air. Tiada lagi garisan halus dan kulit kering. Mari teruskan amalan yang sihat ini. Fighting !
Much love 💖

Comments

Popular Posts