Berapa Kerap Nak Pakai Face Mask ???


Assalamualaikum, korang !! Face mask ini ada banyak jenis sampai aku rasa nak beli semua sekali. Tapi tunggu payday dulu jawabnya.😢 Anyway, at first guna face mask aku selalu tak sure bila patut pakai and now I''ll share with you how often korang perlu pakai mask ini.

Kebanyakan hydrating version of mask memang boleh pakai daily tetapi kalau ada fungsi exfoliate, anti-aging or detoxifying korang kena guna 3-4 per week. Bukan itu sahaja, korang kena make sure how your skin react. Let say, oily skin boleh guna 3x clay mask dalam seminggu bagi membantu mengurangkan sebum dan detox pores berbanding dry skin or sensitive skin yang hanya boleh guna sekali sahaja.

Bagi kulit bermasalah acne, Kaolin clay bertindak seperti Hoover dalam menyedut segala sebum berlebihan dan kotoran yang terperangkap dalam liang pori. Tapi jika kulit terasa tegang dan ketat minimum jumlah pengunaan dalam 2-3 kali seminggu. Gunakan face mask yang mempunyai calming effects turut membantu.

Bagi anti-aging properties pula, cari bahan antioksidan seperti vitamin C, vitamin E dan minyak argan yang bantu melindungi dari kerosakan radikal bebas. Shea butter, honey dan argan oil membantu mengurangkan fine lines dan strengthen skin barrier. Kurangkan penggunaan face mask kepada 1-2 per week jika you have oily skin.

Jika korang mengalami tona tidak sekata atau kusam, face mask yang mempunyai brightening effect sangat membantu. Antara bahan asas yang membantu to even out the skin tone ialah vitamin C dan niacinamide.  Kandungan vitamin C yang tinggi mampu menyebabkan iritasi jadi kurangkan penggunaannya iaitu 2-3 kali seminggu. Bagi sensitive skin, tolong cari face mask or any products that contain vitamin C yang mempunyai kepekatan rendah.

For hydration concerns especially dry skin, use face mask yang deep moisturise yang bukan daily mask. Face mask ini membekal hydration yang tinggi agar kulit dapat menyerap lebih dalam dan terkunci. Ini kerana kulit yang lack of hydration kelihatan lebih kusam dan garisan kedutan mudah terlihat. Cari bahan seperti olive oil, hyaluronic acid dan ceramide. Even if you have oily skin, korang boleh pakai face mask seminggu sekali bagi mendapatkan benefits.

Calming effect mask mampu membantu kulit bermasalah seperti acne dan kulit yang 'terbakar' akibat sinaran UV. Aloe vera, calendula dan aloe bamboo mampu meredakan keradangan pada kulit. Bagi mendapat cooling effect dengan segera, tempatkan mask korang di dalam peti sejuk. Gunakan face mask apabila perlu.

Penggunaan face mask di Korea sangat popular sehinggakan hashtag "one mask, one day" menjadi popular. Itu sahaja untuk post kali ini. Aku harap korang akan cari mask yang sesuai dan guna pada waktu yang sesuai. 😉
Much love 💖


Comments

Popular Posts