Paraben dalam ingredient list !!


Isu paraben ini telah lama diperkatakan tetapi masih banyak lagi syarikat menggunakan paraben ini sebagai salah satu ingredient yang penting dalam produk mereka. Paraben ialah pengawet yang digunakan secara meluas dalam pelbagai produk kesihatan dan kecantikan. Kalau korang perasaan, korang mesti jumpa paraben ini hampir dalam smua produk harian yang korang pakai seperti shampoo, moisturizer dan deodorant.

EU telah mengharamkan pengunaan paraben. Situasi ini menunjukkan bahawa paraben mampu membawa kesan yang sangat bahaya kepada tubuh. Kenapa paraben masih digunakan ? Ini kerana FDA masih membenarkan penggunaan paraben.

Sejujurnya, paraben yang terkandung dalam produk kecantikan tidak akan memberikan sebarang reaksi mahupun keradangan. Allergy kepada paraben masih boleh berlaku jika individu tersebut yang mengalami sensitive skin. Selain itu, paraben tidak mendatangkan bahaya kepada kulit seperti jerawat dan mengelupas.

Paraben boleh mendatangkan kesan keatas tubuh kerana ia mudah diserap. Oleh itu, kesan paraben ialah :

  • Breast cancer
Tiada kajian yang sahih mengenainya. Paraben mungkin berupaya membantu sel kanser kerana pesakit yang mengalami breast cancer adalah positif paraben. Mengikut kajian EU, deodorant yang mengandungi paraben memberi risiko besar.
  • Aktiviti estrogenik
Menyebabkan gangguan aktiviti estrogen dalam tubuh. 
  • Kemandulan bagi lelaki 
Paraben menyebabkan kerosakan pada peringkat akhir spermatogenesis.
  • Kulit rosak akibat matahari
Kajian menunjukkan methylparaben yang digunakan pada kulit mampu memberi reaksi pada sinaran UVB yang meningkatkan penuaan kulit dan kerosakan DNA.

Bagaimana hendak elakkan penggunaan paraben ?

  1. Semak senarai ingredient yang terdapat pada produk.
  2. Cari produk yang mempunyai label "Paraben-free".

  1. Produk skincare organik tidak semestinya tidak menggunakan paraben.
Jika korang mengambil ubat tertentu bagi isu kesihatan tertentu, aku mencadangkan untuk korang meneruskan pengambilan ubat-ubatan secara tetap, walaupun mempunyai paraben. Seperti yang dibincangkan, paraben tidak semestinya membawa bahaya terhadap kesihatan jika kepekatannya di bawah 0.19%. 

Aku harap korang dapat memilih produk dengan lebih baik.^^ Bukan apa, aku harap kita sama-sama dapat mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh tubuh kita yang bertahun-tahun sudah bertahan dengan pelbagai bahan kimia yang berbahaya. Try to make life better.
Much love 💖

Comments

Popular Posts