Klair Supple Preparation Toner memang OHSEM !!!

Assalamualaikum, korang...Hari ini Fitri nak juga cerita kat korang pasal satu produk dari brand korea yang sememangnya terkenal iaitu Klair. Tapi, sebelum itu, Fitri nak story sikit pasal brand ni hokeyy !!



Dear Klair ialah k-beauty brand dari Korea obviously. Nama pon k-beauty awakk !! Dear, Klair ini brand kecantikan taw dan semestinya tidak menggunakan bahan berbahaya seperti paraben (boleh sebab kanser weyhh), alkohol (sebab kebanyakannya boleh mengeringkan kulit), pewarna (asli okay) dan tanpa pewangi dalam setiap produk. Jadi kita sendiri memang boleh nampak Dear, Klair ini memang sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Bagi Fitri brand ini boleh disamakan dengan Hada Labo (Jepun) dan Kiehl's (USA) sebab jenama-jenama ini mememang prisip yang lebih kurang sama untuk tidak mengunakan bahan-bahan berbahaya dan mesra alam. Dear, Klair juga cruelty-free ini bermaksud brand ini confirm tak diuji keatas binatang. Sumpah untuk Fitri, cruelty-free ni penting untuk menunjukkan produk tesebut semestinya tidak berbahaya keatas manusia dan sebab itu boleh terus diuji keatas kulit manusia tanpa memerlukan binatang. Plus point di situ. hahahahaha...
  




Okay kita berbalik pada tajuk diatas.. hahahahahaha... Okay toner dari Dear, Klair ini memang toner terbaik yang Fitri pernah guna. Walaupun toner sudah diperkenalkan sejak 2015 dan Fitri ibarat ketinggalan jauh tetapi nak jgak cerita. hahahaha...


Klair Supple Preparation Toner ini tidak memberikan sensasi terbakar, kulit kemerahan dan stingy feeling pada kulit wajah Fitri. Kulit Fitri terus rasa lembut, gebu dan lebih anjal selepas menggunakannya. Yang paling penting penyerapan pantas dan tidak rasa bermnyak langsung.. Walaupun menggunakan minyak lemon, orange dan ekstrak beras.. Jarang toner ada bahan sebegini !! Korang dalam toner ini ada phyto-Oligo taw.. Phyto-Oligo ini lah bahan aktif yang penting untuk membantu kulit melembapkan kulit untuk menghalang kekeringan. Kedua, toner dari Klair ini mengandungi asid amino yang korang semua tahu bahan penting untuk kesan hidrasi yang lebih mendalam. Selain itu, Klair Supple Preparation Toner juga tidak lupa untuk menyeimbangkan tahap pH kulit korang selepas menggunakan pencuci. Toner ini sememang mampu menjadi kanvas dan booster untuk produk yang korang akan apply seperti serum, essence, ampoule dan moisturizer disebabkan kandungannya. Tak percaya ?!! Meh Fitri tunjukkan..

Kandungan Klair Supple Preparation Toner

Water, Butylene Glycol, Dimethyl Sulfone, Betaine, Caprylic/Capric Triglyceride, Natto Gum, Sodium Hyaluronate, Disodium EDTA, Centella Asiatica Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Polyquaternium-51, Chlorphenesin, Tocopheryl Acetate, Carbomer, Panthenol, Arginine, Luffa Cylindrica Fruit/Leaf/Stem Extract, Beta-Glucan, Althaea Rosea Flower Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Hydroxyethylcellulose, Portulaca Oleracea Extract, Lysine HCL, Proline, Sodium Ascorbyl Phosphate, Acetyl Methionine, Theanine, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Eucalyptus Globulus Leaf Oil, Pelargonium Graveolens Flower Oil, Citrus Limon (Lemon) Peel Oil, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Peel Oil, Cananga Odorata Flower Oil, Copper Tripeptide-1

Tengok !! Kan dah kata.>_<
Dari segi packaging botolnya gelap. Ini disebabkan bahan aktif selalu sangat sensiti terhadap cahaya dan suhu. Bahan aktif boleh mati jadi memang penting taw.. Jadi lebih mudah nak simpan sebab tak ada tempat bertutup seperti almari pon masih bleh simpan, hokeyhh ! Cuma bila botol dah gelap tu susah sikit lah nak agak kandungannya.. Fahamkan.. Dari segi tekstur toner sangat cair tetapi tidaklah terlalu cair macam air tapi lebih cair dari serum.. Macam itu lah lebih kurang... hahaahaha susah nak gambarkan. Plus korang boleh gunakan toner ini tanpa cotton pad.. Memang mudah hanya titiskan di tapak tangan dan terus tekapkan di wajah. Tetapi Fitri sarankan untukgunakan cotton pad jika korang guna makeup siang tadi.. Lebih bersih lah pori-pori korang sebab kalau tidak makeup yang tidak dicuci dengan baik akan menyebabkan pori-pori korang tersebut dan akhirnya acne pon datang menjengah.



Acne-prone skin pon sesuai sebab toner ini sememangnya akan balancekan korang punya minyak pada wajah korang. Ini betul okay.. Sebab Fitri sendiri pon ada acne jugak ... huhuhuhuhu.. Ini kerana toner ini dapat menenangkan kulit. Kesan jerawat dan jeragat pon boleh hilang dengan penggunaan yang kosisten... Toner ini juga sesuai untuk korang prep kan kulit korang sebelum apply any primer and foundation..

See.. Banyak sangat nihh kebaikan dan bertindak lebih dari toner..Fitri sarankan korang untuk cuba toner ini.. Tak kisah lah kulit korang kering,normal, kombinasi, berminyak even acne-prone skin. Memang sesuai sangat..

Dari segi harga pula, Fitri boleh katakan toner ini masih berpatutan dengan kandungan dan manfaat yang diberikan.. Toner ini dijual pada harga RM 128.00 tetapi banyak juga website yang jual pada harga yang lebih murah.. Fitri dapatkan di Hermo Malaysia pada separuh harga sehaja.. Jadi korang boleh check them out.. Tapi kalau korang toner dengan harga lebih murah Fitri oleh sarankan Neutrogena untuk option yang lebih murah.. Ikut kemampuan korang.. Ini cuma pendapat Fitri tentang toner ini..

Jadi itu sahaja untuk post pertama untuk blog ini. Fitri harap korang nak lagi baca post-post yang akan datang..Fitri akan review produk lain pula.. Jika korang nak sarankan produk untuk Fitri reviewkan, korang cuma perlu komen dan insyaAllah Fitri akan reviewkan di masa akan datang..
A lot of love 💖

Comments

  1. sangat bermanfaat artikelnya , kunjungan dari softkini.blogspot.co.id

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts