Caudalie Grape Water Review


Assalamualaikum, korang !! Masa untuk review produk lain pula. Kali ini pasal Caudalie Grape Water yang sangat famous dalam kalangan beauty gurus, selebriti dan MUA tuhh.. Banyak juga review yang Fitri sendiri dah baca before purchase produk ini di Sephora Malaysia . So Fitri akan bagi pandangan (truly honest) about this product. 😉






 

Apa itu Caudalie Grape Water ?
Ia adalah 100% air anggur organik yang diekstrak tanpa sebarang pengawet dan pewangi. Sesuai untuk kulit sensitif, megurangkan kerandangan dan kemerahan kulit.


Kandungan :
200ml Vitis Vinifera (Grape) Fruit Water, Vitis Vinifera (Grape) Juice, Nitrogen.

Bagaimana cara pengunaan ? 
-digunakan sebagai toner
-digunakan sebelum menggunakan moisturizer
-digunakan selepas menggunakan moisturizer
-digunakan sebagai face mist sepanjang hari
digunakan sebelum makeup untuk prep skin
-digunakan selepas makeup sebagai setting spray

TO BE HONEST

  • .Fitri suka guna Caudalie Grape Water ini selepas cuci muka supaya muka tidak terlalu iritated dengan pencuci muka tersebut sebelum apply toner. Sebenarnya toner perlu apply secepat mungkin agar tahap pH kulit seimbang dan tidak mengering. Tetapi Fitri jenis orang yang kena pakai baju dulu baru buat bnda lain so untuk melambatkan masa... Inilah produknya..haha..
  • Fitri juga guna selepas moisturizer untuk make sure semua kelembapan terkunci. 
  • Fitri turut gunakan sebagai face mist untuk memberi kesegaran sepanjang hari.
  • I do have sensitive skin, so Fitri suka sebab ia sangat gentle pada kulit.
PROS
-bertindak sebagai face mist yang bagus kerana mempunyai sensasi yang menyegarkan
-bagus untuk prep skin bagi full coverage
-100% air anggur 
-tidak menyebabkan iritasi
-sesuai dengan kulit kombinasi dan berminyak
-melegakan kemerahan
-tidak menyebabkan breakout
-boleh dijadikan sebagai beauty elixir kerana mempunyai dewy finish effect
-boleh minum.. (not kidding 😁)
- diformulasikan tanpa sebarang paaben, sulphates dan phthalates
-travel friendly memandangkan ia ringan untuk dibawa kemana- mana

CONS
-harga agak mahal untuk face mist..
-semburan keluar dengan banyak menyebabkan ia tidak sesuai digunakan sebagai setting spray
-kelembapannya tidak sebaik seperti yang dipromote.. 

 
OVERALL
Fitri rasa ia sangat sesuai dijadikan face mist bagi kegunaan harian kerana kandungannya yang selamat dari bahan berbahaya. Pastinya, ia bukanlah must have item dalam rutin penjagaan kulit, tetapi ia sangat sesuai dengan pelbagai jenis kulit tanpa menyumbatkan pori-pori. Korang boleh beli dengan harga RM 40 bagi 75 ml dan RM 80 bagi 200 ml. Korang boleh purchase online atau terus ke Caudalie Malaysia di Bangsar atau ke Sephora. Jadi patut tak korang dapatkannya.. hmm.. To me, terpulang pada korang untuk beli atau tak tapi sure yang Fitri akan repurchase this product from Sephora Malaysia. So itu sahaja review kali ini.
Much love 💖

Comments

Popular Posts